Pages

Tuesday, July 5, 2011

Malaysia vs Singapura : Kalau Aku Rajagopal

Malaysia (2) vs Taiwan (3) Malaysia vs Singapura (23 Julai 2011)
Kelayakan ke Piala Dunia 2014 di Brazil

Kalau Aku Rajagopal : Menjelang Perlawanan Menentang Singapura
1) Pertahanan mesti diperketatkan. Ini mesti! kerana ia jelas sekali lemah semasa menentang Taiwan
2) Para pemain mesti mengelakkan hantaran bola yang bodoh kepada pihak lawan. Tolonglah!
3) Kita mesti mengawal permainan, jangan biarkan mereka berleluasa
4) Para pemain mesti menafaatkan setiap peluang yang ada, mesti jaringkan gol, jangan sia-siakan
5) Para pemain mesti tenang walau sudah ketinggalan.. ada 180 minit. Jangan lepaskan gol lagi
6) Seboleh-bolehnya jangan kalah di Singapura
7) Seboleh-bolehnya mesti jaringkan di Singapura, walau 1 gol
8) Masukkan Safee Sali kerana tiada penanduk dan juga penendang tepat semasa menentang Taiwan 
9) Elakkan kad kuning apatah lagi kad merah, elakkan juga kecedearaan
10) Kita tidak boleh kalah, ingat ini! Kita tak boleh kalah



Kalau engkau? 


Malaysia (2) Taiwan (3)


Tip : Pelajar Universiti

Tip ringkas untuk Pelajar Universiti

1) Tetapkan matlamat 
2) Pilih kursus yang betul, jangan ikut-ikut!
3) Hadir semua kelas, jangan ponteng tanpa sebab yang kukuh!
4) Membaca & membuat latihan. Semua latihan mesti siap! Jangan tak siap.. mesti siap!
5) Jangan sekali-kali plagiat
6) Aktif di dalam kelas dan juga di luar kelas. Jangan malu
7) Dapatkan keputusan yang cemerlang di dalam setiap peperiksaan. Ingat ini!
8) Berhubung baik dengan pensyarah, ibu bapa & kawan-kawan
9) Berdoa
10) Mula Menabung. RM 1 sehari pun tidak mengapa, jangan dicuit duit tersebut!

Kalau engkau?

Tip : Mak Mertua

Tip ringkas untuk Ibu / Mak Mertua

1) Seboleh-bolehnya Jangan tinggal serumah dengan anak yang telah berkahwin
2) Jangan mengada-ngada sangat / jangan cerewet sangat
3) Jangan masuk campur tentang hal ehwal rumahtangga anak kecuali terpaksa
4) Bersyukur dengan apa yang ada
5) Jangan mengungkit
6) Jangan menghasut
7) Jangan membanding-bandingkan @ pilih kasih
8) Jangan meminta yang anak tidak mampu 
9) Bawa berbincang tentang sesuatu perkara
10) Bergembiralah dengan cucu

Kalau engkau?

Tip : Isteri

Tip ringkas untuk Isteri

1) Sayangi Suami 
2) Sayangi Anak 
3) Menghormati suami dalam segala hal
4) Berbincang dan mendapatkan kebenaran suami tentang sesuatu perkara
5) Menutup aurat
6) Masak sedap-sedap. Kalau tak pandai, belajar. kalau dah pandai buat
7) Menjaga maruah diri dan keluarga
8) Memberi nasihat dengan baik kepada suami jika suami salah.. pandai-pandai
9) Menjaga badan / kecantikan untuk suami, bukan untuk orang lain
10) Menjadi Isteri Solehah  

Kalau engkau?

Tip : Suami

Tip ringkas untuk suami

1) Bekerja Keras untuk keluarga
2) Sayangi isteri serta anak-anak
3) Mengajar isteri, kalau tak pandai belajar dulu@belajar bersama-sama
4) Menetapkan halatuju keluarga dengan bermesyuarah bersama isteri dan anak-anak
5) Membawa isteri dan anak-anak berjalan-jalan / bersiar bersama-sama
6) Mendengar serta menyelesaikan masalah isteri dan anak-anak
7) Jangan ego dan jangan pentingkan diri sendiri
8) Membuat kejutan seperti memberikan hadiah dan sebagainya
9) Menjadi ketua keluarga yang soleh
10) Menambah baik diri, isteri serta anak-anak dari masa ke semasa


Kalau engkau?

Tip : Ketua Pegawai Eksekutif

Tip ringkas untuk Ketua Pegawai Eksekutif 

1) Menetapkan matlamat dan strategi dengan jelas 
2) Mengambil tahu semua aspek organisasi, jangan terlalu berharap dengan orang kanan
3) Memberikan yang terbaik dari segi perancangan serta tindakan
4) Jangan ada kepentingan diri sendiri yang boleh menjahanamkan organisasi
5) Menghargai sumbangan semua orang yang terlibat di dalam organisai walaupun pembuat kopi
6) Bertindak pantas untuk menyelesaikan sebarang rintangan atau isu dengan pilihan yang terbaik
7) Menjaga aliran duit yang positif dan pastikan pulangan yang setimpal untuk organisasi
8) Mewujudkan suasana kondusif dan gembira di kalangan semua pekerja
9) Menambah baik diri, para pekerja dan organisasi dari masa ke semasa
10) Menjalankan "Corporate Social Responsibility"  

Kalau engkau?